Monday, November 26, 2012

ADAM YANG AWESOME!

bismillah...


Adam? Ya Allah, Cik Bibik dah pandai sebut nama lelaki ek sekarang? Mana belajar hah? Hehe... Sentap je kalian. Adam yang aku maksudkan di sini ialah lelaki. Yup! Kaum Adam. Hihi hormon gedik dah naik bila sebut pasal lelaki nih. Choi! Nauzubillah!Camni sebenarnya, baru-baru nih aku banyak tengok tv. Antara rancangan yang aku tengok ialah anugerah skrin dan shout awards! Well seperti biasa aku akan tengok dress-up artis2 yang hadir. Most of them, sexy! I told you! MasyaAllah. Mohon mereka diberi hidayah oleh Allah s.wt. Sedih tau tengok sebangsa seagama sendiri berpakaian macam tak cukup kain. But again, hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka.


Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: 
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. 
[HR Muslim]


But guess what? Ada je artis yang hadir tapi menutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah. Sejuk je hati aku tengok artis sorang nih. Subhanallah!



See? Siapa kata kalau tutup aurat tuh kolot? Meh nak jotos kepala tuh laju-laju. Suka suki je hati tuh berkata sedemikian rupa. Artis kat atas nih masih lagi kelihatan cantik menawan tanpa perlu mendedahkan auratnya kepada umum. Serius sejuk beku mata memandang. Hiho!


Tapi! Tuh bukan cerita utama. Hehe. Nih dia cerita utamanya. Dalam shout awards tuh,   aku sangat tertarik hati dengan seorang hamba Allah yang mewakili pemenang untuk suatu kategori tuh. Yup! Dia kaum Adam. Hihi. Ketika dia mahu mengambil trofi di pentas, kelihatan seorang artis wanita ini menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Akan tetapi, si kaum Adam ini menolak huluran tangan untuk bersalam itu dengan cara baik. MasyaAllah! Hebat ye. At that time I'm speechless u'olls!  


Benda nih mungkin nampak kecik dan remeh bagi sesetengah orang di luar sana. Tapi percayalah Islam amat menitikberatkan batas pergaulan antara lelaki dan wanita.


“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”


Btw, aku sangat-sangat tertarik dengan kata-kata dia yang baru berhijrah nih. Hihi.


"Saya juga menjaga batas pergaulan dengan peminat perempuan dan tidak lagi bersalaman, tetapi kalau nak bergambar dengan saya tiada masalah." (MyMetro). Wallahualam.


Wassalam...

3 comments: